Sebenarnya kuih cucur badak bukan lah kuih kegemaran saya tetapi saya melihat my hubby suka juga memakan kuih ini. Kebetulan ubi keledek yang dibawa dari Kelantan, masih banyak, jadi saya memikirkan resepi kuih muih yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Dari situ, saya terjumpa resepi cucur badak.
Jom kita layan gambar gambar dan resepinya ..
Cucur Badak
Bahan-bahan:-
Untuk inti:
1) ½ biji kelapa parut
2) 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
3) 1 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 7 tangkai lada merah
6) 1 cm halia
7) 1 batang serai
8) 1 sudu teh serbuk kunyit
9) 2 sudu makan gula
10) ½ sudu teh garam
11) 2 sudu makan minyak masak
Untuk doh :
1) 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
2) 3 ½ sudu makan tepung gandum
3) ½ sudu teh garam
4) ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara :-
Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
bahan blend di tumis dg sedikit minyak |
masukkan kelapa parut dan masak hingga kering |
ubi keledek direbus dan dilenyek |
leperkan doh, masukkan inti |
goreng dg api yang sederhana hingga kekuningan |
siap dihidangkan |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar