Nasi Goreng

Bookmark and Share




Pagi ni saya menggoreng nasi mengikut cara yang saya menyediakan nasi goreng sejak kecil di mana kesemua bahan ditumbuk dengan lesung batu.  Yang paling saya tak suka ialah menumbuk cili kering, hmm lambat nak melumatkannya.  Sayur pula hanya menggunakan sayuran yang ditanam sendiri seperti kacang panjang atau sayur sawi.  Dah lama saya tak menggoreng nasi seperti ini, kini samada saya menggoreng nasi goreng cina atau menggoreng menggunakan perencah nasi goreng yang dibeli.

Oleh kerana pagi pagi lagi hubby ke pejabat untuk year end closing, terpaksa lah saya menyediakan breakfast walaupun badan masih rasa tak sihat.  Di samping nasi goreng, saya juga menyediakan daging goreng garam kunyit.

Jom kita tengok apa yang saya sediakan untuk sarapan pagi ini. Resepi nya semua orang tahu, tapi tak apa lah, sekadar nak melengkapkan blog yang memaparkan kehidupan saya sendiri sejak kecil hingga sekarang.  Jom layan ...

Nasi Goreng
Cili kisar secukupnya 
Daging
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur
Sayuran
Garam dan serbuk perasa

Blend cili, bawang merah dan bawang putih.  Panaskan kuali, tumis bahan yang dikisar hingga betul betul garing.  Masukkan daging dan goreng lagi hingga daging masak.  

Masukkan sayuran dan ketepikan bahan bahan ke tepi kuali, pecahkan telur.  Kacau rata telur dan terus tuang nasi ke dalam kuali.  Masukkan garam dan serbuk perasa.  Kacau rata sebelum diangkat.

tumis bahan kisar hingga garing

masukkan daging, ayam atau apa apa yang disukai

masukkan sayuran yang disukai

ketepikan dan pecahkan 2 biji telur

kacau telur,  tuang nasi dan dikacau rata

masukkan garam dan serbuk perasa
 
daging goreng garam kunyit

tadaaa nasi goreng kampung

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger