Pagi pagi lagi hubby ke pejabat tanpa membeli breakfast untuk kami. Jadi kalau menunggu dia balik tengahari nanti, alamak kelaparan lah. Lagi pulak, saya memang jemu makan nasi lemak yang dijual di sekitar sini, yang pada saya memang tak sedap dan tak lemak langsung. hahaha nasi lemak yang saya masak sendiri yang terbaik. Jangan marah ya sebab ini kenyataan pada saya sendiri lah, pada tekak saya.
Panjang pulak celotehnya. Jadi memikirkan apa kuih yang nak dibuat untuk breakfast pagi ni, teringat acuan kuih cara yang saya beli semasa singgah di Salamku di Kota Bharu bersama kakak baru ni. Elok juga dibuat perasmiannya. Cari cari resepi, terjumpa resepi dalam blog Dapur Nannie. Saya pun terus mula membancuh bahan bahan, hanya buat setengah adunan sahaja. Dapatlah 18 pasang kuih cara manis. yeayyy happy sangat sebab berhasil membuat kuih cara yang ranggup diluar dan lembut lemak di dalam nya.
Jom kita tengok resepi yang saya guna ... jom layannnn
Kuih Cara Manis
Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam
Bahan inti :
Gula secukupnya
Cara cara :
~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .
~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.
bahan yang diguna selain tepung gandum |
bancuh atau blend semua sekali |
sapu minyak pada acuan |
tuang adunan |
masukkan gula |
kuih masak bila tiada lagi kelihatan tepung di permukaan |
tadaaa siappp |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar