Kek Semolina @ Suji Ombak Rindu

Bookmark and Share




Tiba tiba jer teringin nak makan kek kerana dah lama tak membuatnya. Tapi saya pulak tak berapa sihat, jadi terpaksa lah mengajak Juita untuk membuat kek. Hajat hati nak membuat kek marble trio kerana baru jer beli stainless steel mixing bowl dari US.  Jadi senang lah, tak payah nak pindahkan adunan, basuh bowl dan lap kering sebelum digunakan untuk bancuhan telur pula.  

Saya tengok resepi kek Suji dari blog Mat Gebu. Membaca rencana yang ditulis, dapat dirasakan keenakan kek ini dan tambah teruja untuk membuatnya.  Bau kek ini amat semerbak sampai ke tingkat atas rumah kami tercium bau keenakan dan rasanya juga berlainan dari kek biasa kerana tepung suji memberi rasa berbiji biji. 

Kawan fb mencadangkan supaya saya menamakan kek yang saya buat sebagai Ombak Rindu sempena filem yang memang menyentuh hati saya.  Oleh kerana kek suji bukan dibuat selalu selalu, jadi elok juga kek ini saya namakan Kek Semolina @ Suji Ombak Rindu seperti filem Ombak Rindu yang bukan biasa hebatnya. Filem ini juga menyebabkan saya mula meminati Aaron Aziz. hahaha jangan marah ya tuanpunya resepi ...

Jom layan gambar gambar dan resepi nya ...

Kek Semolina @ Suji

Bahan bahan:
250 g mentega
170 g gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam


Cara cara:
Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata.

Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.

Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu

Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

zntara bahan digunakan

Juita mengayak tepung gandum, baking powder, garam dan suji

Kocokkan susu, telur dan esen vanila

pukul butter dan gula kaster

 
masukkan ke dalam acuan yang disukai dan bakar

sedang disejukkan

enjoy

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger