Pagi ni saya memasak nasi lemak dan geng nya sebagai sarapan pagi permulaan tahun 2012. Semoga tahun baru memberikan lebih kejayaan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga dan sahabat sahabat semua. Ameenn. Dengan peningkatan usia, amal ibadat dan kebaikan juga harus dipertingkatkan, maklum nikmat kehidupan telah ditarik sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Ramai yang berada di sekeliling kita, telah tiada lagi hari ini.
Huhuhu panjang pula mukadimmahnya. Memasak adalah juga aktiviti kebaikan unuk keluarga sendiri. Kita juga boleh berbuat kebajikan dengan berkongsi apa yang dimasak dengan kawan kawan dan jiran jiran ataupun berkongsi resepi dengan semua. Perkongsian ilmu yang bermanafaat adalah salah satu amalan yang pahala nya diterima secara berterusan walaupun kita tiada lagi di dunia ini.
OK lah, jom kita tengok resepi nasi lemak saya mungkin sama saja dengan cara orang lain memasaknya. Yang mana boleh diterima, ambil sahaja. Sebenarnya sedap atau tidak nasi lemak adalah bergantung kepada sambal yang kita sediakan. Kalau saya masak sambal, memang saya akan makan nasi bertambah tambah. hihihi tandanya sedap gitu, sedap ikut selera saya ler.
Selain sambal, nasi lemak saya tak lengkap tanpa telur rebus dan timun. Yang lain lain, tak ada pun tak apa. Saya tak pernah menyediakan kacang goreng kerana anak anak memang tak makan dan saya sendiri pun tak suka ...
Nasi Lemak
Beras
Santan
Daun pandan
2 bawang merah hiris
1/2 inci halia hiris
Sedikit garam
Beras basuh dan tos. Masukkan dalam periuk bersama bahan hiris, daun pandan dan sedikit garam. Masaklah seperti biasa. Boleh juga diletakkan sedikit majerin, jika suka.
Sambal Ikan Bilis
1 mangkuk ikan bilis
1- 2 senduk cili kisar
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2-3 sudu besar gula merah
1 asam keping
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
Kisar cili dan bawang bawang hingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga betul betul garing. Bila dah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Bila gula dimasukkan dulu, barulah sambal akan kelihatan kehitaman dan berkilat.
Kemudian masukkan lain lain bahan seperti garam, asam keping. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Kacau rata dan masak sehingga ikan bilis masak, bolehlah ditutup api.
Bahan bahan lain
Telur rebus
Timun
Kacang tanah goreng
sambal digoreng hingga garing |
lihat sambal dah garing |
masukkan ikan bilis |
masukkan sedikit air dan lain lain bahan |
sambal tumis yang dah siap |
ayam goreng |
hahaha apa jadi dengan telur rebus ni |
ini jer timun yang ada, terpaksa lah juga guna |
ikan bilis goreng sebagai bahan sampingan |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar