Untuk makan tengahari nanti, saya tiba tiba teringin nak masak gulai udang dengan batang keladi. Gulai ini adalah gulai yang selalu dimasak oleh my mom sejak saya kecil lagi. Arwah my father memang menangkap udang sendiri di sungai dengan menggunakan bubu atau dipanggil "gogoh". Di dalam gogoh diletakkan isi kelapa yang dibakar sebagai umpan. Gogoh diikat di batang pokok nipah. Jadi saya akan diminta ikut menaiki perahu untuk memegang pokok nipah sementara my father menarik naik gogoh dan mengeluarkan udang. Udang yang dapat memang banyak termasuklah udang galah yang besar besar. Saya memang dari kecil mewah makan udang galah. Cuma saya tak pernah makan udang laut kerana harganya yang mahal. Udang yang dibawa balik, akan dijual. Tugas saya setiap pagi adalah untuk menjual udang udang tersebut dengan berjalan ke rumah rumah jiran. Inilah tugasan yang memang saya tak suka sangat sangat.
Berbalik pada gulai udang ini, memang kebiasaan my mom akan meletakkan batang keladi yang ditanam sendiri. Jika tak kena gaya, batang keladi ni agak gatal, boleh terasa semasa kita menyiangnya lagi. Keladi yang ditanam memang cepat membiak sehingga my father terpaksa mematikan pokok pokoknya takut ular membiak di situ. Dari situ, tiada lagi pokok keladi kegemaran saya. Bila nak makan jer, kena minta rumah cousin yang juga menanam pokok keladi.
Tapi kini, ianya semua tinggal kenangan. Tiada lagi keseronokan zaman kecil kecil di kampung, yang ada hanya cabaran kehidupan di bandar yang begitu mencabar termasuk mendidik anak anak di zaman ini.
Alahaaai panjang pulak celotehnya, jom lah kita layan resepi yang saya gunakan untuk masakan gulai batang keladi dengan udang. Jangan pulak terkejut walaupun resepi yang saya tulis untuk gulai udang dengan batang keladi, tetapi sebab tak ada batang keladi walaupun dah cari di merata kedai runcit, jadi saya tak letak batang keladi kali ini. Tetapi resepinya sama jer, tinggal masukkan batang keladi dalam kuah yang sedang menggelegak....
Gulai Udang dengan batang Keladi
Udang
Batang keladi
5 cili kering (ikut suka pedas)
5 bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
5 hiris lengkuas
sedikit ketumbar biji
1 asam keping
santan secukupnya
Garam dan gula
Blend cili, bawang, kunyit, lengkuas dan rempah ketumbar hingga hancur. Masak dengan santan hingga menggelegak. Masukkan batang keladi dan udang. Kacau rata supaya tak pecah minyak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar