Teresek adalah antara lauk pauk kegemaran saya kalau ada majlis majlis kenduri di Kelantan. Kalau biasa dimasak Teresek Kacang Panjang tapi kali ini dimasak menggunakan jantung pisang yang memang sedap sekali. Ini juga antara lauk semasa majlis kenduri aqiqah cucu saudara pada hari cuti krimas hari ini.
Jom layan gambar gambar dan resepi di bawah, walaupun tiada sukatan diberikan, namun boleh diagak agak dan campak campak sahaja ...
Teresek Jantung Pisang
Ayam
Hati, kaki atau apa apa jer
Jantung pisang
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
Rempah ketumbar
Santan
Garam dan gula
Kerisik kelapa
Asam keping
Jantung pisang dihiris, rendam dalam air garam dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit. Blend cili, bawang bawang, ketumbar, halia, kunyit dan lengkuas. Masak ayam dengan bahan kisar hingga air agak kering. Masukkan santan, asam keping. Masukkan santan dan masak hingga agak naik minyak. Masukkan garam dan gula. Masukkan jantung pisang dan akhir sekali masukkan kerisik kelapa. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
jantung dihiris, rendam air garam dan perah |
masak ayam dg bahan kisar dan masukkan santan |
masukkan garam, gula, gula melaka dan jantung |
akhir sekali masukkan kerisik kelapa |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar