Ayam Masak Pedas

Bookmark and Share




Ayam masak pedas ini dimasak sebagai salah satu lauk semasa majlis aqiqah Ahmad Adib Idris, cucu saudara saya yang terbaharu.  Walaupun masakan ini adalah masakan biasa, tapi saya mengambil kesempatan untuk belajar cara masakan ini dimasak oleh tukang masak Kelantan.

Ayam Masak Pedas
Ayam
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sos tomato
Garam dan gula
Ajino moto
Kacang peas
Bawang besar hiris

Ayam diperap dengan garam, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Ayam dicelur sekejap sebelum digoreng.

Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan di blend hingga garing. Masukkan cili kisar dan kacau hingga betul betul garing. Masukkan sos tomato, gula, garam dan sedikit aji nomoto. Bila dah betul betul masak, masukkan kacang peas dan bawang besar hiris. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng.

tumis bawang merah, putih dan halia dikisar hingga garing

celur ayam dlm air garam, bawang putih, halia dan kunyit

masukkan cili kisar

masukkan sos tomato

masukkan sos cili

masukkan gula dan garam

sedikit aji no moto

letakkan kacang peas dan bawang besar hiris

sesuaikan rasa dan kepekatan

masukkan ayam celur yg digoreng

kacau sebati dan siap dihidangkan

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger