Kerutuk Daging Kambing

Bookmark and Share




Kerutuk adalah salah satu lauk yang disediakan semasa kenduri aqiqah rumah kakak saya sempena majlis cucunda sulung mereka.  Biasanya daging akan dipotong lebih besar dari biasa.  Resepi kerutuk adalah masakan istimewa bagi orang Kelantan terutama di majlis majlis kenduri kendara.  Kalau nak kerutuk yang sedap, hmm rahsianya mesti beli rempah kerutuk dari Kelantan.

Kerutuk mesti rasanya agak manis dan kuahnya agak kepekatan.  Jadi mesti menggunakan santan pekat dan dimasak agak kering.  Warnanya lebih kehitaman, lebih gelap dari gulai kawah.

Jom kita layan resepinya ...

Kerutuk Daging Kambing
Daging
Rempah kerutuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Gula Melaka
Garam dan gula
Santan secukupnya
Kerisik kelapa

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dengan rempah kerutuk agak lama hingga garing.  Daging dibasuh dengan tepung gandum bagi mengelakkan bau hamis.  

Masukkan daging dan rempah yang ditumis dan gaul rata.  Letak atas dapur dan masak hingga daging agak empuk sebelum masukkan santan pekat.  Masukkan garam, gula, gula melaka dan akhir sekali kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan sebelum diangkat dan dihidangkan panas panas dengan nasi putih atau nasi minyak.

gaul daging dan rempah yang ditumis

masak hingga daging empuk sebelum masukkan santan

masukkan air asam jawa, garam, gula dan gula melaka

siap ...

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger