Masak Kicap Lala

Bookmark and Share



Semasa singgah di kedai runcit ternampak ada lala yang siap di pack di dalam plastik, mengingatkan Aween sangat gemar makan lala sehingga diratah begitu sahaja, saya pun terus membeli 1 pek.  Kalau biasanya lala di masak cili dan masam manis, kali ini saya memasak lala dengan masak kicap. Kiranya ini resepi yang betul betul ikut tangan nak capai apa apa dan campak jer ke kuali.

Jom tengok resepi yang saya buat tadi ...

Masak Kicap Lala

1 pek lala
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 batang serai
sedikit sos tiram
sedikit kicap pekat manis
Garam dan gula

Bawang bawang, cili merah dan serai di blend.  Tumis bahan blend sehingga garing.  Masukkan sedikit kicap manis.  Kemudian masukkan lala dan kacau rata.
Akhir sekali, masukkan sos tiram, garam dan gula.  Angkat dan bolehlah dihidangkan

tumis bahan blend

masuk sedikit kicap manis

masukkan lala

sos tiram, garam dan gula


siap untuk dihidang


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger