Kalau kuih bom yang biasa kita jumpai dibuat menggunakan tepung pulut jadi kuihnya agak kenyal. Tapi resepi yang saya temui ini adalah berasaskan keledek dan gandum sahaja. Jadi kuihnya lebih lembut, terasa seperti cucur badak sahaja dohnya.
Saya buat kuih ini untuk menghabiskan ubi keledek yang masih bersisa.
Kuih Bom Keledek
sumber : anymz mykichen
Bahan2
500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak bagi menggoreng
Bahan Inti
1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
Cara cara utk inti:
Kacau bahan2 inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak hingga kering. Ketepikan.
Cara cara:
1.Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil. Rebus dengan air dan garam hingga lembut. Kemudian toskan.
2.Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung.
3.Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti. Inti dibulat bulat dan genggam dg kuat supaya padat.
4.Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.
5.Goreng dengan api sederhana hinggawarna bijan menjadi kuning keemasan.
6.Angkat dan hidangkan
masak kelapa parut, air dan gula merah |
masak hingga kering dan ketepikan |
Ubi keledek direbus |
Inti yang sudah disejukkan digenggam bulat bulat |
Doh dibulat bulat dan dileperkan |
Masukkan inti yang dikepal bulat bulat |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar