Wah hari ini sejarah kerana pukul 10 malam masih di pejabat menyiapkan assignment yang tak beres atas sebab sebab tertentu. Sampai di rumah dah pukul 11 malam. Tapi hati dah tak sabar nak membuat ice cream yang simple kerana tak berkesempatan membeli bahan bahan yang diperlukan. Hanya terpaksa menggunakan apa apa sahaja bahan yang tersedia.
Yang sebenar benarnya, dah tak sabar nak menggunakan ice cream maker Kitchen Aid yang dibeli dari USA dan dibawa balik oleh Yusri, cousin yang balik bercuti di Malaysia. Tak sangka pula cuti mereka pendek sahaja sehingga tak sempat menjemput mereka datang makan makan di rumah. Hajat hati nak memasak untuk meraikan mereka. Senarai resepi juga sudah disiapkan. Alahai tak kesampaian lah nampaknya kali ini. Insya Allah, kalau umur panjang, dapat berjumpa lagi. Maklum sejak beberapa minggu lepas saya sangat sibuk dengan urusan pejabat dan hubby juga outstation beberapa hari.
Apa apa pun ais krim ini sangat sedap, ala ala lecka lecka ice cream gitu. Tak payah nak beli ice cream mahal mahal lagi, boleh buat sendiri jer ...
Apa apa pun ais krim ini sangat sedap, ala ala lecka lecka ice cream gitu. Tak payah nak beli ice cream mahal mahal lagi, boleh buat sendiri jer ...
Vanilla Ice Cream
Bahan-bahan (2 liter)
5 sudu gula pasir
1 tin besar susu sejat/cair
1 sudu besar ovallete
1 biji telur
2 sudu susu tepung
2 penutup esen vanilla
Cara-cara
mix semua bahan dengan mixer selama 5 minit, dengan high speed. Pasangkan freezer bowl dan ON mixer ke level stir.
Tuangkan adunan ke dalam freezer bowl sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Senduk dengan senduk plastik ke dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam freezer selama 30 minit.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar