Strawberry Ice Cream

Bookmark and Share




 Besok awal awal pagi saya dan Aween akan bertolak ke Kota Bharu, balik bercuti sempena majlis aqiqah cucu saudara yang terbaharu pada 25 Disember. Tapi Aween sempat meminta saya membuat ais krim. Entah bila dia nak memakannya kerana ais krim hamya ready untuk dimakan selepas semalaman di simpan di freezer melainkan untuk dimakan secara cair. Jadi untuk tidak menghampakan saya cepat cepat ke dapur membancuh ais krim strawberry yamg menggunakan bahan yang sangat simple.

Resepi imi menggunakan coffeemate yang memberi rasa lemak. ais krim vanilla yang saya buat sebelum ini menggunakan telur tetapi yang ini tidak menggunakannya dan lebih sesuai untuk mereka yang alah dengan telur. Jadi apa kata anda mencubanya, jika tidak mempunyai ice cream maker, boleh juga menggunakan blender dengan kaedah blend and freeze berulang kali.

Jom layan resepi nya ....

Strawberry Ice Cream

1 mug Susu Penuh Krim
1 mug Coffe-mate
3 sudu Perisa Strawberi
1 sudu Gula

Cara cara

1) Blendkan bahan-bahan tersebut sehingga berbuih.
2) Tuang dalam ice cream maker dan blend hingga mencapai tahap kepekatan yg sesuai
2) Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
3) Masukkan ke dalam peti sejuk (bahagian sejuk beku).

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger