Kuih Kaswi

Bookmark and Share




Sudah lama saya ingin memasak kuih kaswi kerana kuih ini adalah antara kuih kegemaran terutama bila melihatkan warnanya yang perang kehitaman. Saya membelek belek resepinya sekian lama dan sering kali bertukar fikiran bila membaca komen yang diberi oleh penulis resepi.

Malam tadi, saya memutuskan untuk memasak kuih kaswi sudah agak lewat. Sebelumnya saya asyik berbelah bagi dek kepenatan selepas beberapa hari balik lewat dari pejabat. Rancangan awalnya, saya hanya ingin berehat dan tidur lebih awal. Tapi entah macam mana, tiba tiba saja saya rasa ingin terus memasaknya memikirkan cara penyediaannya yang sangat mudah dan ringkas. Saya terus meminta hubby membeli kelapa parut untuk digaulkan dengan kuih ini sebelum dimakan. Sebenarnya memasak kuih muih sudah menjadi terapi yang meredakan ketegangan pada saya ... ianya menjadikan saya lebih segar dan bersemangat.

Jom lah kita tengok resepi yang saya gunakan dan layan gambar gambarnya sekali ... jom kita ..


Kuih Kaswi

Bahan bahan
1 cawan gula
1 cawan gula merah/gula melaka
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur
5 cawan air
1/2 sudu kecil nescafe atau kicap pekat
1/2 biji Kelapa parut
1 sudu kecil garam

Cara-cara
Masak 2 cawan air dengan gula pasir dan gula merah. Ketepikan.

Campurkan kesemua jenis tepung dan bancuh dengan 3 cawan air. Masukkan air kapur dan sedikit kicap pekat. (Nota: boleh juga menggunakan tepung gandum menggantikan tepung beras)

Tuang air gula ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata. Tapis dan tuang dalam acuan yang telah dilenser minyak dan dipanaskan terlebih dahulu.

Kukus selama 30 hingga 40 minit.
Potong bila dah betul betul sejuk dg menggunakan pisau plastik atau pisau yang dibalut dengan plastik. 

Gaul kuih yang dipotong dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Jika suka, boleh juga dikukus kelapa parut tersebut sekejap supaya tahan lebih lama.











{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger