Kuih Butir Nangka

Bookmark and Share



Saya memang menggemari kuih butir nangka. Kalau di bulan puasa, saya pasti membelinya sebagai juadah berbuka puasa untuk saya sendiri. Hubby dan anak anak tak berapa menggemarinya. Kalau berbuka memang saya suka kuih yang berkuah atau lembab lembab sikit.

Jom kita tengok kuih butir nangka yang saya buat pagi ini. Sangat cepat dan mudah menyediakannya. 

Kuih Butir Nangka
Bahan-bahan kuah
Santan pekat
2 helai daun pandan -  disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.  Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…

Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau 
Sedikit air kapur
Garam

Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.

Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.

Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).  Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.

Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.
antara bahan diperlukan

bancuh doh

hingga doh tak  melekat di tangan


bentukkan spt biji nangka

biji nangka timbul selepas masak

ceduk dan masukkan dalam air suam dulu


masukkan halba garam dan gula ke dalam santan yg dimasak

bila menggelegak, masukkan biji nangka

siap dihidang ..

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger