Gulai Lemak Kuning Ikan Jenahak

Bookmark and Share




Makan tengahari kami agak lewat kerana saya tertidur kepenatan selepas semua kakak kakak dan adik saya bertolak dari rumah kami. Saya masuk ke dapur untuk melihat apa yang ingin dimasak selepas anak bongsu saya Aween komplen kerana nasi lemak sudah habis dan beliau tidak sempat memakannya.

Teringat masih ada kepala ikan jenahak yang dibeli segar dari Pasar Taman Tun, saya terus menyediakan bahan bahan untuk membuat Gulai Lemak Kuning. Resepi yang digunakan adalah resepi yang sama dengan Gulai Lemak Kuning Ayam di SINI. Memang sedap gulai ini yang tidak pedas dan cukup lemaknya. Saya cuma blend 1 biji cili merah dan memasukkan 2 biji lada solok ke dalam kuah yang mendidih.  

Saya makan menambah nambah walaupun dah berazam untuk mengurangkan makan kerana gulai lemak kuning ini memang menambat selera. Bonda saya dan bonda mertua juga nampak berselera dan menambah nambah nasi juga. Di samping gulai lemak, saya juga menyediakan Sambal Tumis Udang dengan Petai, Telur Ikan goreng garam kunyit dan Kacang Panjang goreng dengan telur. 


Gulai Lemak Kuning Ikan Jenahak

Bahan bahan
5 biji bawang merah
2 batang serai
1 inci halia
Sedikit lengkuas
Kunyit hidup
Daun kunyit
1 asam keping
Garam
Santan secukupnya

Kisar bawang, serai, halia, kunyit dan lengkuas. Masak bahan kisar dengan santan sehingga mendidih sebelum dimasukkan ikan.

Masukkan daun kunyit, garam dan asam keping. Masak sehingga sesuai kepekatan kuah dan rasanya.

Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas.



{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger