Erti sebuah persahabatan. Sebenarnya sahabat yang paling akrab yang lebih mengenali perangai kita yang sebenarnya ialah samada sahabat semasa sekolah atau semasa di universiti. Lebih lebih lagi jika tinggal di asrama di mana banyak masa dihabiskan bersama sama bertahun lamanya. Pendek kata kita telah masak perangai sahabat kita yang dikenali sejak remaja. Bagi kes sebegini, biasanya persahabatan akan terus terjalin sehingga masing masing telah berkeluarga.
Begitu juga dengan kami, sahabat yang rapat dengan kami ialah sahabat semasa di Kolej Ketiga UM dahulu. Dari remaja sehingga berkeluarga, kami masih berkawan dan berhubung antara satu sama lain. Semasa majlis pertunangan anakanda saya tempohari, hubby hanya menjemput beberapa orang sahabat rapat sahaja untuk hadir semasa majlis dilangsungkan. Mereka sudah dianggap seperti sebahagian dari keluarga sendiri. Walau bagaimanapun, hanya 3 orang sahaja yang dapat hadir iaitu Haji Kamalullail, Dato Salehudin dan Haji Kamarudin. Manakala yang lain berada di luar kawasan. Kehadiran mereka sangat mengembirakan kami. Maklumlah di hari minggu seperti ini, pasti masing masing mempunyai komitmen dan aktiviti keluarga.
Kamal dan Ita sempat lagi menempah sebiji kek untuk pertunangan Nana walaupun kek yang dibawa kemudiannya adalah kek dari Secret Recipe. Apa apa pun yang diberi tidak penting, tetapi ingatan Ita dan suami sudah memadai dan membuatkan saya merasa sangat terharu. Malam itu, kami sekeluarga menikmati kek yang dihadiahkan Ita. Dato Saleh pula hadir dengan membawa semua anak anak. Memang saya selalu berpesan pada anak anak, supaya dapat mengikut kami hadir ke majlis yang diadakan oleh kawan kawan rapat. Cuma Din yang datang bersendirian kerana isterinya, Dr Hamidah terpaksa bertugas. Jika tanpa urusan penting, pasti mereka hadir berdua ke majlis majlis yang kami adakan selama ini. Kehadiran sahabat rapat pastinya sangat mengembirakan kami. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan...
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar