Pelamin Dan Gubahan Hantaran Buat Sang Puteri

Bookmark and Share

 




Sebagai entri penutup tahun 2012, saya ingin kongsikan gubahan hantaran di majlis bersejarah pertunangan anakanda kami. Pasti ianya mencatat sejarah tersendiri bukan sahaja untuk Nana tapi untuk kami sendiri kerana inilah majlis seumpamanya di dalam hidup kami. Kalau selama ini, saya hanya menghadirkan diri sebagai tetamu, kini bertindak selaku hos majlis. Selaras dengan citarasa puteri kami, Nana yang memilih warna lilac, pink dan putih sebagai tema majlis, maka warna itu jugalah yang menjadi warna tema untuk gubahan hantaran dari pihak Nana. Seperti yang saya tulis dalam entri terdahulu, kalau diikutkan saya yang tak berseni ini, saya mahu melakukan semuanya sendiri. Membeli bunga bunga segar secara borong di Petaling Street dan menggubahnya sendiri. Alaa bukan susahpun kerana bunga segar itu sendiri sudah cantik yang boleh membuatkan hati sesiapa sahaja mencair bila mendekatinya. Tetapi anak anak tidak bersetuju, mereka mahu diserahkan kepada mereka yang lebih berkebolehan. Hmmm gitu ya?

Apa apa pun saya seorang yang terbuka dan tidak jadi masalah untuk menerima pendapat anak anak kerana jika segalanya mahu dilakukan sendiri, adakah saya berkeupayaan tanpa mendapat pertolongan mereka. Setiap anak anak mempunyai tugasan masing masing dan mereka dengan rela hati membantu antara satu sama lain. Saya sesungguhnya beruntung kerana mempunyai anak anak yang baik... 

Maka inilah hasilnya gubahan yang dibuat anak anak gadis yang sungguh berbakat. Bukan mudah untuk saya menyukai dan menerima sesuatu terutama jika saya telah mempunyai satu benda yang dijadikan kayu ukuran. Namun kali ini, saya sangat berpuashati, dengan sedikit perubahan, saya boleh pertimbangkan mereka lagi untuk masa masa akan datang. Gubahan bunga bunga segar yang disediakan sangat unik...


































Yang di bawah ini pulak hantaran dari pihak Izzad untuk Nana yang bertema warna biru. Warna biru adalah warna kegemaran Nana sejak dari kecil sehinggakan bilik tidur beliau juga dihias dengan warna biru. Cantik dengan gubahan berhiaskan kristal dan manik serta satu gubahan tepak sirih dari bunga bunga segar yang sangat cantik.  

















Pemilihan pereka pelamin diserahkan kepada Nellisa setelah saya dan Nana meneliti banyak pakej yang disediakan. Lagipun lagi mudah, apabila ianya dibuat oleh kawan kawan sendiri. Di samping membantu mereka yang masih baru di dalam bidang ini, kita juga mendapat harga yang lebih berpatutan berbanding dengan mengambil mereka yang telah pakar... 



Pelamin yang dipilih adalah pelamin yang simple kerana saya mahukan pelamin yang cosy dan elegan tetapi tidak berlebihan umpama pelamin pengantin di majlis perkahwinan pulak. Saya sukakan sesuatu yang less is more. Apa apa pun saya sangat berpuashati kerana aura Nana sebagai tuanpunya majlis sangat terserlah dari beliau melangkah ke pelamin sehingga majlis menyarungkan cincin dan sessi bergambar selesai. Saya suka penampilan beliau yang natural dan bersahaja dan senyuman yang sangat manis dan sederhana sepanjang majlis. Bak kata orang tak boleh ketawa atau tersenyum berlebihan bila di pelamin sehingga nampak terlalu rock pulak. Mesti dibezakan antara waktu biasa dengan waktu di atas pelamin, mesti nampak beradat sopan. Mesti nampak lembut dan manis serta manja manja. Walaupun begitu, Nana terserlah cantik dengan ketinggiannya. Pakaian yang dipakai juga walapun simple namun nampak elegan dengan material yang dipenuhi taburan mutiara di baju dan veil. Saya tersenyum puas dan bangga melihat anakanda saya, Dr Nana di pelamin. I might be bragging but to be fair she deserves this statement... Nana is a Beauty with Brain....









{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger