Hari ini hari terakhir dalam tahun 2012, saya ingin menoleh ke belakang jap sebelum mengucapkan selamat tinggal. Saya bangun agak terlewat pagi ini kerana tertidur selepas solat Subuh. Hubby ada memberitahu yang dia ke pejabat tetapi saya macam antara sedar dengan tidak. Tak apalah selepas ini, saya akan kembali bekerja dan rutin harian akan diteruskan sehingga saya pencen. Jadi hari ini, biar saya lepak sepuas puasnya. Nana dan Nelly komplen sebab katanya saya terlalu berfikiran negatif menjadikan saya selalu dalam keadaan stress. Mereka meminta saya melupakan masa silam yang pahit dan meneruskan hari hari depan dengan gembira. Nana siap menghantar WhatsApp kepada saya, "perkara yang paling susah untuk dilakukan ialah berbuat baik kepada mereka yang negatif dan pernah menyakiti". Saya bukan degil tetapi saya tetap berpendapat yang saya berhak dihormati dan dimaklumi atas apa apa perkara yang melibatkan rumahtangga saya. Itu sahaja, sangat simple. Saya bukan degil dan keras seperti yang dilihat tetapi saya menuntut sedikit hak. Nama lagi perkahwinan, perkongsian antara dua orang yang mesti menghormati hak pasangan masing masing. Orang lain juga perlu faham perkara ini supaya tidak menimbulkan masalah yang tidak diingini kepada pasangan tersebut. Bukan susah, hanya perlu memaklumkan. Tidak boleh membuatkan orang dalam keadaan tidak tahu apa apa dan tertanya tanya... Saya ingin tinggalkan 2012 dengan meninggalkan semua itu.
Bak kata Nana malam tadi, kesusahan saya selama ini hampir selesai bila 2 orang anak kesayangan akan mula bekerja Januari 2013, seorang masih menuntut di universiti dan hanya 2 orang sahaja lagi yang masih di alam persekolahan. Mereka anak anak yang bijak dan cantik. Dan pastinya bertanggungjawab. Walaupun bergaji kecil, Nelly sudah mahu memperuntukkan sebahagiannya untuk saya. Aduhaai saya sungguh terharu. Dengan gaji saya sendiri, tentunya saya tidak memerlukan sumbangan anak anak tetapi ingatan mereka yang sangat penting. Saya membesarkan semua anak anak dengan sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Sejak dalam pantang anak kedua, hanya saya dan hubby yang menjaga, membesarkan anak anak dengan bantuan pembantu rumah yang bekerja dengan kami selama 18 tahun. Saya membina rumah ini demi keselesaan anak anak juga dengan kepayahan. Apa yang saya ingin katakan ialah kami berdikari, kami hidup dalam keluarga kecil yang berkongsi suka dan duka sesama kami sahaja. Sehingga anak anak kami yang masih kecil juga memahami kesusahan hidup kami. Betapa susahnya untuk menegakkan rumah ini dengan sendiri tanpa khidmat kontraktor. Di samping itu, saya terus membayar pinjaman tanah di Sg Buloh demi masa depan anak anak walaupun saya sendiri tidak memerlukannya. Anak anak pula berkorban dengan menerima hakikat tiada percutian luar negara seperti kawan kawan mereka sehingga tahun 2014 apabila semua dijangka kembali stabil.
Saya ingin sambut 2013 dengan keazaman ingin lebih menjaga hati, kerana hati yang baik akan membawa saya kepada ketenangan dan kebahagiaan sejati. Biar dunia bergelora, jika hati saya bertenang, saya boleh tidur dengan lena. Saya berdoa semoga kebahagiaan hati akan berterusan sehingga ke akhirnya. Lagi pulak, bukan ingin berbangga diri tetapi saya punya segala gala yang sekadar dengan diri saya. Bak kata Nana, kita bukan orang high class pun hanya orang biasa sahaja. Walaupun saya tidak faham apa yang dimaksudkan tapi saya menerima sahaja. Dari dulu saya selalu tegaskan mempunyai title Dato tidak menaikkan taraf seseorang sekelip mata menjadi high class berbanding dengan seorang tanpa title. Apa lagi title yang diberikan oleh manusia sebenarnya tidak memberi apa apa nilai di sisi Allah. Apa apa pun, untuk saya cukuplah ukur baju di badan sendiri. Tak perlu ada Ferrari tapi cukup mempunyai kenderaan untuk membawa anak anak berjalan berjalan dan keluar makan. Dunia hanya pinjaman dan penuh dengan permainan. Cukuplah seadanya kerana semuanya akan ditinggalkan... Nikmat yang paling besar ialah nikmat hidup, masih bernyawa kerana semua nya hanya perlu dilakukan di sini sementara masih hidup... Jadi saya ingin menikmati hidup dengan lebih bermakna dengan menunaikan tanggungjawab saya...

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar