Kadang kadang apa yang dirancang, tidak terlaksana seperti yang diinginkan. Kebiasaannya, new year eve akan disambut dengan makan makan bersama anak anak. Sejak beberapa tahun kebelakangan, tiada lagi menyertai new year countdown. Saya perlu berubah selaras peningkatan usia. Tapi new year eve tahun ini amat berbeza kerana kami dan anak anak berada di Hospital Ipoh melawat Mother In Law yang diserang mild stroke malam tadi. Seperti biasa, melawat orang sakit di hospital amat menginsafkan. Doa saya setiap hari supaya diberi kesihatan, kemudahan dan kekuatan untuk beribadat sehingga ke akhir hayat. Supaya dikekalkan iman sehingga ke akhir hayat. Ya Allah ampunilah hamba hambaMu yang lemah dan mungkin leka di saat di uji dengan getir. Sesungguhnya iman ada pasang dan surutnya, semoga ia sentiasa kekal dalam diri saya sehingga hembusan nafas terakhir. Ameen.
Hari pertama berada di tahun 2013. Saya melangkah dengan azam baru untuk lebih meningkatkan kesabaran dan ketenangan diri. Ingin menambahkan amal dan mendekatkan diri dengan Illahi. Ingin menyambut Ramadhan dengan penuh persiapan. Insya Allah. Akhir sekali, Selamat Tahun Baru 2013 buat semua dari blog Azie Kitchen....
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar