Gulai Lemak Kuning Ayam

Bookmark and Share





Hari ini saya menyediakan Gulai Lemak Kuning Ayam atas permintaan Nellisa sebagai lauk hidangan tengahari bonda dan anak anak saya. Semalam adalah hari terakhir Nelly menjalani latihan praktikal, jadi pagi ini dia mula menjadi penganggur sementara menunggu memulakan pekerjaan Januari nanti.  Pagi pagi lagi Nelly ke kedai runcit bagi membeli ayam segar yang disembelih selepas ayam dipilih. Dia telah menetapkan syarat supaya saya tidak membuat Masak Lemak Cili Padi kerana dia tak tahan dengan masakan pedas. Kalau tidak kerana permintaannya, tentulah Masak Lemak Cili Padi yang akan saya sediakan. 

Setelah sekian lama tidak memasak nasi, hari ini adalah hari pertama saya memasak nasi untuk bonda saya untuk dimakan dengan Gulai Lemak Kuning Ayam. Ya lah kalau gulai, mestilah sedap dimakan dengan nasi. Sedap pulak nasi dari beras Basmathi ni. Aduhaaai dalam usaha nak  mengurangkan pengambilan nasi, lagilah ianya menggoda selera. Apa tak nya, tengok nasi yang panjang panjang itu pun selera jadi terbuka. Selain gulai, saya juga menyediakan Ikan Kerisi Goreng garam kunyit yang sedap sebab isinya yang putih dan segar. Untuk sayur pula, saya masakkan Sayur Rebus Baby Bayam yang menjadi kegemaran saya. Saya suka meratah dan menghirup kuahnya seperti sup. Boleh klik di SINI untuk cara penyediaannya.

Dalam memikirkan apa yang ingin dimasak, saya sempat bertanya dengan sahabat fb saya, Jamaliah tentang bahan bahan untuk menyediakan gulai lemak yang saya sediakan hari ini. Jom kita semak bahan bahan yang saya gunakan dalam gulai ini.... Jom layaaannn....




Gulai Lemak Kuning Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
1 labu bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji cili merah
3 batang serai
Sedikit lengkuas 
1 asam keping
Daun kunyit
Garam
Serbuk perasa
Santan secukupnya
Cili hijau solok
Cili padi

Cara cara:
Kisar cili merah, bawang, kunyit, halia, lengkuas dan serai. Masak santan dengan bahan kisar sehingga mendidih.

Masukkan ayam dan  daun kunyit. Masak sehingga ayam masak sambilbterus dikacau. Akhir sekali, masukkan cili hidup, cili padi, garam, asam keping dan serbuk perasa. 

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.





{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger