Entah kenapa bangun pagi ni, pinggang dan paha saya terasa sengal sangat. Mungkinkah sebab terlewat mengambil painkiller apabila saya tertidur selepas solat subuh tadi. Selepas bersarapan dan mengambil ubat, saya hanya berbaring baring di hadapan TV sambil menonton filem "Istanbul Aku Datang". Seronok melihat lakonan Lisa Surihani yang sangat bersahaja dengan pakaian yang berwarna warni. Memang dari dulu, saya meminati Lisa yang sangat sweet walaupun mempunyai muka yang bulat. Pemandangan indah di Istanbul menyebabkan saya menanam hasrat untuk bercuti ke Istanbul satu hri nanti. Kalau sebelum ini, Istanbul memang tak pernah ada dalam senarai tempat yang ingin saya kunjungi pun. Haaa tengok macam mana filem boleh menarik minat orang pada sesuatu tempat. Maknanya strategi terbaik untuk mempromosi pelancungan sesebuah negara adalah juga melalui filem.
Juita memberitahu yang dia ingin membuat chocolate cookies untuk dibuat percubaan sebelum menyediakannya untuk candy buffet. Nasib baik ada Juita yang rajin mencuba resepi baru kerana kalau harapkan saya, nampak gaya Azie Kitchen tak adalah entri baru untuk beberapa ketika ini. At least boleh juga buat mengunyah di depan TV. Petang ini kena ke hospital lagi untuk menjalani sessi physio lagi. Saya sangat berharap supaya diberi peluang kedua untuk menjalani hidup yang normal seperti orang lain tanpa rasa sakit....
Berbalik pada cookies ini, memang sedap dan sangat rangup. Ini resepi yang Nana simpan dan pernah dibuat semasa beliau masih di Egypt. Katanya diambil dari blog omputih. Memang boleh dibuat lagi menggunakan resepi ini di masa masa hadapan. Sedar tak sedar, sekeping demi sekeping habis, alaa macam iklan tu "sekejap ada, sekejap tak ada".
OK jom kita tengok resepi dulu....
Chocolate Chip Cookies
Bahan bahan:
1 cawan butter - lembut
1 cawan gula putih
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sk vanilla extract
3 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
2 sk air panas
1/2 sk garam
2 cawan chocolate chips
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 175C.
Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan diikuti dengan vanilla.
Bancuh baking soda dengan air panas dan masukkan garam.
Kemudian masukkan tepung dan chocolate chips. Gaul sebati.
Sudukan kecil kecil ke dalam acuan yang telah dispray.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar