Alhamdulillah... Selamat Semua Nya

Bookmark and Share




Akhirnya hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Persiapan yang dibuat berbulan lamanya untuk menyambut detik ini dirasakan sangat berbaloi. Kemeriahan berganda apabila bonda, bonda mertua dan semua adik beradik dari Kelantan telah turun ke KL untuk memeriahkan majlis anakanda sulung kami, Dr Nana. Tapi seperti biasa Nana yang kelihatan sangat cantik bak puteri di majlis itu berpesan supaya tidak menulis berkenaan majlis ini kerana beliau mahukan privacy. Jadi ianya dibuat secara eksklusif di mana hanya keluarga terdekat, sepupu sepapat dan 3 orang sahabat rapat sahaja hadir semasa majlis berlangsung. Manakala tetamu lain serta jiran jiran hanya tiba, sebaik majlis pertunangan selesai dilangsungkan.





Bagi mengatasi masalah cuaca yang tak menentu, majlis dimulakan agak awal. Malahan malam sebelumnya, kami mengadakan solat hajat bersama adik beradik bagi meminta kelancaran majlis yang diadakan. Syukur Allah makbulkan doa apabila cuaca sangat baik dan hujan rahmat hanya turun sebaik sahaja majlis selesai. Perkara yang sama terjadi semasa majlis merisik di mana hujan telah turun sebagai tanda merahmati sebaik juga majlis selesai.

Majlis dimulakan dengan ketibaan rombongan lelaki pada pukul 12 tengahari dengan membawa dulang hantaran bertemakan warna biru. Manakala tema gubahan bagi pihak kami adalah lilac, pink dan putih dari bunga bungaan segar. Dalam majlis ini, abang ipar saya Cik gu Haji Abdul Rahman telah mewakili keluarga kami. Majlis selesai dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Zein. Setelah selesai perbincangan, Nana berjalan keluar menuju ke pelamin kecil yang disediakan khas untuk majlis ini bagi upacara  menyarungkan cincin pertunangan. Cincin pertunangan telah disarungkan oleh Mak Uda Izzad. Cincin untuk Izzad pula disarungkan oleh my hubby. Selepas itu, sessi bergambar bersama keluarga kedua dua belah pihak. 















Tetamu kemudiannya dijemput untuk menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan. Selain dari itu, disediakan juga Candy Buffet untuk tetamu menikmati dessert. Kebanyakan kuih muih disediakan sendiri oleh anak anak dan anak anak saudara saya yang diketuai oleh Juita, puteri bongsu kami yang sangat berdedikasi. Sebelum beredar, tetamu dibekalkan dengan Rainbow Cake In A Jar, buah tangan yang disediakan khas oleh kami sebagai tanda penghargaan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Alhamdulillah syukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar. Akhir sekali, selamat hari ulang tahun kepada Nana yang jatuhnya pada hari ini.... We love you so much...







{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger