Berminggu saya memikirkan juadah yang ingin disediakan pada hari raya memandangkan tahun ini tahun pertama akan beraya di rumah sendiri. seperti ibu bapa yang lain, kami juga menunggu kepulangan anak anak balik bercuti sempena hari raya.
Banyak jenis rendang tapi rendang apa yang nak dibuat. fikir punya fikir, cari punya cari, akhirnya saya putuskan untuk memasak rendang minang, resepi turun temurun teman sepejabat Terima kasih Rohaya kerana berkongsi resepi. jom layan resepi dan gambar gambar kerana hobi saya adalah fotografi ....
RENDANG MINANG
Oleh: Azie Kitchen
1 kg daging atau ayam
2 kg bawang merah
1 kg bawang putih
½ kg halia
½ kg lengkuas (tumbuk)
3 biji buah keras (tumbuk)
3 btg serai
½ kg cili kering
Segenggam cili padi (ikut suka)
3 biji santan pekat
3 biji santan cair
½ biji kerisik
2 kpg besar asam keping
Gula, garam
Bahan penumis: bunga lawang, kulit kayu manis,
Tumis bahan penumis, masukkan bawang putih, halia, bawang merah yang telah dihiris hingga naik bau.
Masukkan cili dan lengkuas. Masak lagi seketika. Masukkan daging dan santan cair, masak hingga daging empuk.
Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan. Akhir sekali, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping. Sesuaikan rasa.

siap ... |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar