ini la rupa nasi daging .. |
air asam dan kerisik |
silakan ... |
Resepi ini saya belajar selepas melihat sahabat fb saya, TeeaRa Yatie memasak juadah nasi daging sempena hari raya aidil fitri baru baru ini. Sebelum ini saya pernah beberapa kali makan nasi daging di rumah terbuka aidil fitri yang diadakan di rumah rakan sepejabat saya. Namum pada masa itu, tidak pula terlintas untuk belajar memasak nasi daging ini.
Keinginan mencuba bertambah lebih lebih lagi selepas bercakap dengan my friend, Ismati yang mencadangkan supaya menu untuk majlis rumah terbuka jika ingin memasak sendiri, elok dibuat nasi daging, ayam dsb. Jadi lauk yang perlu ditambah tidak perlu banyak. Memudahkan urusan, lah kiranya kerana saya tidak mempunyai pembantu rumah.
Pagi pagi lagi hari ini, saya dah terlebih rajin, bangun tengok apa ada di dapur, cukup ke bahan untuk masak nasi daging, bila tengok cukup, terus on jer.
Nasi daging
Bahan-bahan:
250 gm daging (hiris dan rebus dengan halia hingga lembut)
4 cawan beras (dibersihkan)
4 cawan air rebusan daging (ikut beras)
1cawan susu cair
2 sudu besar rempah kurma
daun pandan
1 biji tomato (potong dadu)
garam dan gula
daun ketumbar
Bahan tumis:
kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma, goreng biar garing dan wangi
3. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, goreng sekejap.
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masakkan nasi dengan rice cooker sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar, jika suka
7. Hidang bersama air asam.
Resepi air asam.
Bahan A: (blend)
asam jawa
cili padi
tomato
belacan (jika suka)
kerisik
gula
garam
Bahan B : (potong)
tomato
bawang besar
cili padi
Cara cara
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan rasakan garam gula dsb.
Resepi Asam cara TeeaRa:
Tumbuk sambal belacan. Potong nipis nipis tomato dan bawang besar dan tuangkan ke dalam sambal belacan. Masukkan kerisik, garam, gula dan sos tomato. Kacau hingga berpalut semua. Guna sedikit air daging dalam air asam tadi.
Terima kasih, Yatie.
Jom layan gambar gambarnya sebab hari memang rajin sikit ...
Bahan bahan diperlukan .. |
Tumis rempah penumis dan bawang |
Masukkan rempah kurma |
Goreng beras yang telah dibasuh dan ditoskan |
Kacau rata, masukkan daun pandan, garam, gula |
Daging direbus dengan halia |
Masukkan air rebusan daging |
Masukkan daging |
Masukkan tomato yang dipotong dadu |
Tuang susu cair |
Masukkan daun ketumbar, jika suka |
kacau rata .. |
Masuk dalam rice cooker .. |
Taadaa.. siap |
Air asam dan kerisik |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar