Mee Maggi World

Bookmark and Share


world ....
  

senang dan cepat disediakan ... tadaa

Hahaha mee maggi memang world sebab ke mana pergi, mesti berbekal mee maggi. Kalau lah terlupa bawa mee maggi, pasti teringin dan merindu mee maggi.  Mee maggi ni kiranya penyelamat la, penghilang rindu kepada makanan Malaysia seperti sambal belacan, kari dsb.  Mee maggi Malaysia tak sama dengan mee maggi di tempat lain, jadi mesti nak bawa mee maggi dari sini.  Itu sebabnya namanya world. Class gitu... Kalau naik Air Asia, anak saya mesti nak order mee maggi juga.  Kalau tak, memang tak sah. Mee maggi tom yam yang disediakan dalam Air Asia sedap pulak rasanya berbanding dengan kita sediakan sendiri walaupun menggunakan bahan yang sama ...

Apa yang saya nak cerita hari ini, saya kalau masak mee maggi, mesti cara orang malas. Tuang jer air panas dalam mangkuk berisi mee maggi dan perencah, tunggu mee dah kembang, terus ngaaap.  Kalau rajin sikit, saya rebus air dalam periuk, letak mee maggi dan tuang perencah. Bila kembang, angkat dan hidang.  Haa itu lah cara saya.  Hingga satu hari rakan sepejabat saya, Abdul Hanan bercerita dia menyediakan makan malam anak anak dengan memasak mee maggi. Saya berketawa mendengarnya kerana apa yang nak dimasak mee maggi.  Ooooh selepas diajar caranya, baru saya tahu sedap rupanya mee maggi yang dimasak stail sup.  Jom kita tengok cara menyediakannya.  Jangan la pulak ketawa ya, ini kan hanya untuk perkongsian untuk orang orang macam saya yang dah tua tua baru nak berjinak jinak dengan dapur dan masakan.  Layaannn  ....

Mee Maggi World

Bahan bahan 
Mee maggi (apa apa perasa pun boleh)
Udang (atau apa apa yg disukai)
Sayur sawi (atau yang disukai)
Telur
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam dan serbuk perasa


Hiasan
Bawang goreng
Daun bawang
Cili hidup

Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga wangi.  Masukkan sedikit air hingga menggelegak.  Masukkan perencah mee maggi, udang dan sayur.  Selepas itu, dimasukkan mee maggi, garam jika perlu. Tapi biasanya tak perlu kerana perencahnya sudah cukup masin. Akhir sekali dipecahkan telur sebiji di atasnya.  Bila telur hampir masak, diangkat dan hidang. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili hidup hiris. 

Worldddd ... kalau kat kedai mamak, mahal you. My hubby selalu order mee maggi sup di kedai mamak ...

memang mabeles ..



haa berselera Aween ...


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger