Mee Udang Istimewa

Bookmark and Share





siap dihidang



jemput makan

Pagi pagi lagi dah ke dapur, maklum dah lama tak masuk ke dapur kerana sibuk dengan kerja dan juga rumah terbuka di hujung minggu.  Rasa lama pulak, tak update my blog. Buka peti sejuk, tengok apa bahan yang boleh diguna untuk masakan pagi ini. Haaa tiba tiba teringat mee udang, apa kata dicuba mee udang sementara udang harimau masih banyak dalam peti sejuk...  apa lagi terus buka google cari resepi mee udang.  bila jumpa satu yang rasa mudah, saya pun mula memasak mee udang dengan mengubahsuai resepi ikut cara saya .. apa apa pun saya puashati kerana resepi ini menjadi dengan percubaan pertama jer ...

Bercerita pasal mee udang ini, memang mee kesukaan saya. Kadang kadang kami ke Pulau Pinang hujung minggu semata mata untuk menikmati mee udang salwa di Teluk Kumbar. Sepanjang di sana, kami akan mengunjungi gerai mee udang beberapa kali dan last sekali sebelum balik KL, hmm siap bungkus bawa balik pun ada ...

OK jom kita layan gambar gambar dan resepi di bawah ...

Mee Udang  Istimewa

Bahan bahan:
5 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili
telur direbus
sawi celur
cili merah hiris
bawang goreng
daun bawang hiris

Cara cara:

Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam, serbuk perasa. 
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Sawi dicelur, mee kuning dicelur untuk mengelakkan iannya menjadi terlalu kembang jika dimasukkan semua sekali.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.






sawi dicelur


Telur dan cili merah


Bawang goreng


Mee kuning dicelur


Kuah mee udang


Kuah mee udang, baru timbul udang nyer


Bahan dan rencah


siap untuk dimakan


ini saya punya .. siap menambah nambah



{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger