Ikan Salmon Masak Asam Pedas

Bookmark and Share
sungguh menyelerakan ...



jemput makan ...

Ikan Salmon adalah antara ikan kegemaran saya kerana kandungan nutrisinya. Hari ini selepas selesai urusan dan tugas rasmi, saya singgah di Jaya Jusco One Utama. Saya terjumpa ikan ikan salmon yang telah dipack yang nampak sangat menarik dengan warna nya yang terang dan berlemak. Saya memilih bahagian tulang dan perut salmon yang memang lebih lemak dari bahagian lain.

Dalam perjalanan saya berkira kira apa yang nak dimasak untuk berbuka puasa, maklumlah dah pukul 6.15 masih berada di Sunway Giza. Saya perlu menyediakan satu juadah yang cepat disediakan. Tiba tiba teringatkan Masak Asam Pedas yang resepinya saya pelajari dari sahabat fb saya, Faziah. Beliau telah sudi memberikan resepi dengan sukatan sekali bagi memastikan saya berjaya menyediakan masak asam pedas yang kaw. Resepi ini yang saya guna setiap kali memasak asam pedas di rumah kami dan ternyata, memang sedap. Jom layan gambar dan resepinya ....

Masak asam pedas
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 senduk cili giling
sebesar ibu jari belacan
1 bunga kantan dibelah
sepelepah daun kari
bendi (boleh celur berasingan, jika mahu)
1 sudu besar asam jawa adabi
garam dan serbuk perasa

Bawang bawang, halia dan belacan di blend. Tumis bahan blend hingga wangi dan masukkan cili giling.  Bila naik minyak. masuk daun kari dan bunga kantan. Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, masukkan ikan.dan asam jawa.  Renih atas dapur dan masuk kacang bendi. garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.

Jika terlebih masam, masuk air.  Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.

Layannn




{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger