Rendang ini adalah rendang yang saya belajar sejak kawin dan masih diamalkan sehingga kini cuma diubahsuai sedikit sebanyak. Kalau dulu semua bahan di blend tapi kini saya menghiris nipis seprti yang dibuat oleh my mother in law. Kadang kadang bila rajin, saya juga menggoreng sedikit kelapa parut, ditumbuk kasar dan dimasukkan ke dalam rendang yang hampir kering.
Hari ini, majlis jamuan raya Nana untuk kawan kawannya, hubby telah meminta saya memasakkan rendang kerana beliau ingin membeli lemang. Katanya bila ada lemang dan rendang, baru terasa suasana raya. Tanpa melengahkan masa saya ke dapur dan terus mula memasak rendang pedas ayam. Jom kita lihat resepi saya dan sudah tentu gambar gambarnya ... tapi resepi saya ni main agak agak dan campak campak jer. Rasa kurang bawang, hiris bawang campak lagi. Gitu la kira kiranya ..
Rendang Ayam
Ayam
Santan
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas ( hari ini saya tak masukkan)
Kunyit hidup ( hari ni guna kunyit serbuk)
Halia
Asam keping
Kerisik
Garam, gula
Daun kunyit (dihiris)
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar