Hati Ayam Goreng Cili

Bookmark and Share




Buka peti sejuk, ternampak pulak beberapa ketul hati ayam dan hempedal yang tersimpan semasa membeli ayam sebelum raya baru ni. Kami jarang beli hati, tak kira la hati ayam ke, hati lembu ke, maklumlah budak budak tak suka.  Yang suka makan hati, ni saya sorang jer.  Asyik makan hati jer, tak tahu la sampai bila, sabor berbanyak.

Kali ini saya masak dengan sambal jer ala ala resepi minang yang diajar oleh bekas adik ipar saya.  Sedap juga dan yang penting cepat disediakan.

Hati Ayam Goreng Cili

Bahan bahan
Cili merah
Bawang merah
Garam
Gula
Air asam limau kasturi

Tumbuk kasar cili merah hidup dan bawang merah. Hati ayam dibubuh garam kunyit dan digoreng.  Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan garam, gula dan perah air limau kasturi.  Kalau nak menggunakan cuka pun boleh juga sebagai ganti air perahan limau.  Masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi ke dalam sambal.  Kacau hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.  


Bahan bahan diperlukan



Tumbuk cili hidup dan bawang merah



Hati yang sudah digoreng



Tumis hingga garing



masukkan hati ayam



siap dihidang
 

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger