Majlis Rumah Terbuka ETHICA di IYC

Bookmark and Share
Rumah Terbuka untuk hari raya tahun ini pada kami hanya bermula pada 11 september dengan ETHICA iaitu Alumni Persatuan Bekas Kolej Ketiga mengadakan jamuan hari raya di IYC Cheras. Hee Sep 11 la, pasti ramai yang ingat apa peristiwa yang sinonim dengan tarikh tersebut kan? Berbalik kepada majlis rumah terbuka ETHICA, ramai bekas penghuni yang datang bersama keluarga masing masing. Di samping dapat bersua muka, bertanya khabar antara satu sama lain, diselitkan juga dengan acara karoeke di mana bukan sahaja ahli ethica yang berbakat tetapi telah diturunkan bakat tersebut pada anak anak mereka pulak. 

Majlis dimulai dengan Pengerusi majlis Dr Abdol Aziz Sahat menjemput Presiden ETHICA Abdul Ghani Shahbudin memberikan sepatah dua kata sebelum Penasihat ETHICA Dato Mohd Shafie Abdullah untuk memberikan ucapan. Diharapkan program ini akan terus diadakan dari masa ke semasa untuk mengeratkan silatulrahim antara ahli ETHICA. 

Jom kita layan gambar gambar di sekitar majlis berkenaan ...


Ladies of ETHICA
  


Orang kuat ETHICA


Presiden ETHICA


Penasihat ETHICA


Seronok dapat bersua


dengan Azah dan Wik


Masuk bab bisness pulak



bersama Yasmin dan Datin Rozita 
  

bersama Wik dan hubby


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger