Kuih Sagu

Bookmark and Share
sedap dimakan sejuk dingin

jemput makan


yummy ...

Kuih sagu adalah kuih kegemaran my second daughter Nellisa. Pada bulan puasa, kami selalu membelinya di bazar ramadhan sebagai kuih untuk beliau makan selepas berbuka puasa. Saya belajar memasak kuih ini dari kakak ipar, Wan Azian secara kebetulan di mana sewaktu saya berkunjung ke rumahnya, beliau sedang memasak kuih ini.  Dari situ, saya mula memasak sendiri kuih ini.  Sangat mudah dan cepat disediakan.  Cuma masalah untuk mendapatkan kelapa parut muda untuk digaul bersama kuih ini sahaja.  


Sementara anak anak masih bercuti, saya memasak kuih sagu sebagai sarapan di pagi hari raya ke 5.  Apa apa pun, jom kita layan, resepi yang saya guna...

Kuih Sagu

Bahan- bahan

3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)

Cara cara membuatnya:
1. Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih.
2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir.
4. Kacau sehingga pekat.
5. Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus.
6. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).
7. Sejukkan sagu di luar.
8. Bila kuih masih lembap,potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih.
9.Siap untuk dihidangkan.



siap dihidang


warna merah yang menyerlah


boleh dilihat biji sagu yang bulat bulat


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger