Salam Perkenalan

Bookmark and Share




Salam perkenalan saya hulurkan kepada semua yang membaca blog yang baru saya buka ini. Nama saya dalam IC ialah Haziah dan nama kedua saya ialah Azizah.  Jadi saya dikenali dengan banyak panggilan di kalangan famili, saudara mara dan sahabat sahabat.  Saya mesti mengakui bahawa saya tidak pandai memasak dan jarang sekali masuk ke dapur tambahan lagi dek kesibukan tugas. Alahaai memberi alasan la pulak ya. Namun begitu, saya mempunyai minat mengumpul resepi dan mencuba resepi resepi baru.  Bila ada masa lapang saya akan menghabiskan masa utk mencari resepi yang menarik untuk dikumpul dan dicuba kemudian hari.

Saya mula belajar membuat kek dan biskut raya seawal umur 10 tahun.  Masih ingat lagi pada masa tersebut biskut dan kek dibakar menggunakan sabut kelapa. Saya mengumpul duit poket sendiri untuk membeli bahan di buat biskut dan kek. Minat saya lebih kepada kuih muih, biskut, kek dan bukan memasak sehari hari.  

Apabila telah mempunyai keluarga sendiri, saya setiap tahun akan membuat sendiri kuih kuih raya di rumah kami sehingga lah setahun dua ini, tugas tersebut telah diambil alih oleh anak anak dara yang telah mula membesar. Setiap kali kami mengadakan rumah terbuka, saya pasti akan memasak beberapa juadah sampingan untuk hidangan tetamu. hahaha sedap atau tidak belakang kira ya.  Yang penting, mereka dihargai dan dirai.

Saya berhasrat untuk memperbaiki lagi persembahan di dalam blog ini dari masa ke semasa terutama gambar gambar kerana photography adalah satu lagi hobi saya sejak di bangku sekolah rendah lagi.  Melihat gambar gambar masakan yang cantik, memang dapat meredakan ketegangan dan memberikan keceriaan pada kita semua. 

Setakat ini dulu serba sedikit mengenai diri saya ...

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger