Plain butter adalah resepi kegemaran saya sejak dari dulu lagi. Saya tidak berapa gemar kek yang pelbagai rasa atau diletak dengan pelbagai topping. Resepi ini saya salin dari website omputih semasa mencari cari resepi butter cake dalam google. Rasanya memang sedap sangat sangat....
Extra Moist and Buttery Butter Cake
Bahan bahan:
210 gm self raising flour
200 gm caster sugar
250 gm butter
5 eggs
1 tsp vanilla essence
Ayak tepung dan ketepikan. Putar mentega dan gula sehingga gebu dan kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar rata. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dan dilenser.
Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Kek ini sangat yummy, simple dan moist.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar