Puding Roti Pelangi

Bookmark and Share


so yummy



siap dihidang


Semangat nak buat kuih muih tengah berkobar kobar ni. Hasrat hati nak mencuba semua resepi kuih muih tradisional yang menjadi juadah dan makanan kegemaran saya sewaktu kecil di kampung.

Hari ini saya nak mencuba resepi Puding Roti Pelangi yang diambil dari blog Hana's Family dari Kanazawa. Gambar gambar yang dipaparkan dalam blog Hana really can make my heart melted. Hahaha bukan masakannya sahaja yang menyebabkan saya terliur tetapi gambar gambar nya. saya layan layan setiap satu dengan penuh minat ...

Mohon kongsi resepi Hana di sini ya. Semoga Allah memberi ganjaran atas perkongsian ilmu yang bermanafaat kepada kita semua. Jom layan apa yang telah saya sediakan ...

PUDING ROTI PELANGI

source: hana memories

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - boleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml).
pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)


Cara-cara
Didihkan 3 cawan air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.


Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah dididih tadi.


Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.


Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding bergerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas warna hijau pula. ulang semula warna merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sebab puding@agar2 nih mudah sejuk  membeku.


Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.



haa what do you think of my rainbow? 




    { 0 komentar... Views All / Send Comment! }

    Posting Komentar

    Powered By Blogger