siap dihidang ... |
jemput makan ... |
Balik dari pejabat tadi, sempat masak ayam masak merah untuk juadah berbuka. Keputusan untuk memasak dibuat last minute mengenangkan permintaan anak bongsu kami, Aween yang minta saya masakkan Ayam Masak Lemak masa berbuka semalam. Seronok melihat dia yang berselera makan ayam masak lemak hingga menambah nambah. Hilang rasa penat bila melihat anak anak makan dengan berselera. Lagi pun masakan ini amat simple dan cepat disediakan. Saya pernah melihat aunty saya menggunakan susu cair dalam masakan ayam masak merah beliau dan akhir sekali ditaburkan dengan kacang peas. hahaha saya tak meletak kacang peas kerana pertama sebab tak ada stock dan kedua kerana anak anak tak suka. Jom, layan resepi ayam masak merah versi saya...
Bahan bahan:
Cili giling
Cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai (titik)
Sos tomato & sos cili
Tomato buah (potong)
Bawang besar (hiris bulat)
Daun sadri sebagai hiasan
Ayam potong ikut suka. Dilumur garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Bahan bahan lain di blend dan ditumis hingga garing dan naik minyak. Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan serbuk perasa. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
Masukkan ayam yang telah digoreng. Akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar hiris. Sesuaikan kepekatannya dan siap. Tabur daun sadri sebagai hiasan.
masih di kuali ... |
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar