Puding Karamel

Bookmark and Share



Resepi ini mudah disediakan dan menjadi kegemaran kami sekeluarga. Sekembali dari pejabat, saya sempat menyediakan untuk juadah selepas berbuka puasa. Adunan ni, boleh menghasilkan 12 biji karamel jika menggunakan acuan pyrex.  atau guna satu dulang besar dan dipotong potong semasa hendak dimakan. Resepi ini dikongsi oleh rakan sepejabat saya, Puan Asmawati. Terima kasih berbanyak. Telah berpuluh tahun saya mencuba resepi kegemaran keluarga ini ... 
Selamat mencuba


Puding Karamel



Bahan bahan:
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur (ikut siz)
5 - 6 sudu gula
8 sudu gula (untuk dibuat gula hangus)
sedikit esen vanilla



Goreng 5-6 sudu gula untuk dijadikan gula hangus dg api perlahan. Tuangkan dalam acuan.

Pukul telur dan gula dan masukkan 1 tin susu cair dan 1 tin air. Masukkan sedikit esen vanilla.

Tuang dalam acuan yang telah diletakkan gula hangus.
Kukus hingga masak.


 

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger