Resepi masak lemak cili padi ni, semua orang dah tahu. Cukup versatile dan menjadi kegemaran saya juga kerana masakan nya sedap dan mudah disediakan. Pendek kata tak mengambil masa yang lama la untuk menyediakannya.
Saya dah lama tak menyediakan gulai stail Kelantan, negeri kelahiran ku. hihihi kerana leceh sikit la. Banyak bahan digunakan, rasapun lebih kurang jer sedapnya. Selepas kawin, saya langsung tak tahu memasak, masa tu, my staf ajar la masakan masak lemak cili padi kerana dia orang nogori. Jasa mu tetap dikenang sampai bila bila, Kak Zahibah. jom layan gambar gambar yang diambil, maklumlah tengah belajar dengan kamera baru. terkial kial juga dibuatnya ...
Bagi anak anak yang baru belajar memasak, bahannya adalah cili padi, kunyit hidup, santan, asam keping dan daun kunyit. masak dengan api perlahan dan perlu dikacau selalu. hihihi jangan lupa, masukkan garam pula ya.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar