Bila stress, saya akan makan, makan dan makan. Sejak akhir akhir ini, saya memang stress dengan mereka yang kekonon mempunyai kuasa tetapi tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Kesian pun ada dengan orang seperti ini. Bayangkan kalau ada masa 5 atau 6 tahun lagi untuk berkuasa, berbaloi kah dengan masa yang sependek itu untuk meninggalkan nama yang dikenang dengan ketidakadilannya. Saya sendiri bila bertemu dengan orang sebegini yang tidak lagi berkuasa, tidak sudi mahu menegur. Inilah yang dikatakan, bila kita dihormati kerana masih mempunyai kuasa dan kedudukan tetapi selepas itu, nama kita disumpah. Jadi harap orang sebegini sedar akan hakikat dan kebenaran. Adakah boleh memerintahkan orang berbuat itu dan ini sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. Bak kata Ustaz Iqbal, Allah benci manusia yang mempunyai sikap sombong. Orang yang sombong adalah orang yang menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.
Saya ingin menanamkan keyakinan, yakin dengan seyakin yakinnya bahwa dunia yang penuh dusta ini adalah sementara. Untuk menguatkan keinsafan, saya mengingatkan kepada orang orang yang disayangi yang kini tiada lagi di sisi. Arwah ayah yang saya panggil Chek, abang sulung, abang ipar dan emak emak saudara yang telah kembali ke rahmatullah. Tentunya satu hari nanti, kita juga akan mengikuti jejak mereka. Saya ingin mengingatkan diri saya bahawa mereka, mereka dan mereka dijadikan dengan penuh kelemahan, adalah semata mata sebagai ujian kepada diri saya. Kenapa saya mesti bersedih, kenapa saya mesti lemah menghadapi ujian ini. Sedangkan tiada manusia yang boleh memberi mudarat kepada saya dengan tanpa izin Allah. Semoga Allah melindungi saya dari mereka dan mereka semua. Saya memohon hanya pada Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.
OK kita tinggalkan dulu cerita hati saya dan sekarang kita bercerita berkenaan dengan masakan pula. Disebabkan stress, saya makan menambah nambah di kebelakangan ini dan asyik teringat pelbagai makanan. Telah beberapa hari saya asyik teringat Vanilla Butter Cupcake yang sangat fluffy dan moist di SINI. Hajat hati nak membuat Vanilla Butter Cupcake sekali lagi untuk dimakan makan di hari minggu. Tetapi entah kenapa tiba tiba hati berubah dari Vanilla ke Moist Carrot Cupcake yang sangat moist. Karot adalah sayur yang boleh dikira baru dalam hidup saya kerana masa kecil, memang tak pernah makan pun karot ni. Tak pernah pun melihat karot kerana karot ni dikira sayur bandar, sedang saya hanya anak kampung. Saya juga tak menyukai rasanya walaupun tahu khasiatnya. Jadi sekarang kekonon nak mengimbangi antara rasanya dan khasiatnya, jadi saya akan memesan kek karot apabila makan di kedai Secret Recipe. Bukan kerana saya sukakan karot tetapi kerana saya mahu menikmati khasiat karot yang sangat baik antaranya ialah untuk penglihatan dsb.
Terdapat banyak versi resepi carrot cake, ada yang meletakkan raisin, walnut, kepingan kelapa, nenas dsb. Tapi saya sebenarnya kurang menggemari walnut dan raisin. Jadi saya tidak meletakkan walnut dan di masa depan saya ingin meletakkan sedikit nenas dalam tin. Sebelum ini telah 2 kali, kami menyediakan Kek Karot yang sedap, namun saya masih mencari dan ingin mencuba resepi yang baru. Untuk resepi kali ini, saya menggunakan resepi di SINI. Sememangnya kek ini sangat sedap, gebu dan fluffy. Pagi ini dapur saya semerbak dengan bauan kek semasa sedang dibakar di dalam oven. Kebiasaannya selepas beberapa jam, kek akan menjadi lebih moist. Jika dimakan bersama dengan Cream Cheese frosting, tersangatlah ngamnya. Secukup rasa manisnya giteww. Jom layan resepi dulu....

1 Ib carrots - parut
1 cawan walnut - cincang (saya tak letak)
3 biji telur gred A - (guna 4 telur B)
1/2 cawan buttermilk (atau 1 sk jus lemon + susu)
1 sk pure vanilla extract
2 cawan gula
1 cawan minyak sayuran
1 sb parutan kulit oren
3 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
2 sk baking powder
1 sk garam
2 sk serbuk buah pelaga
1 sk serbuk kayu manis
Cara cara:
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Panggang walnut dalam oven selama 5 minit dan keluarkan dari oven. Sejukkan dan ketepikan. Bersihkan carrot, buang kulit kasar dan parut.
Satukan carrot, buttermilk, minyak, gula, telur, vanilla extract dan parutan kulit orange di dalam mangkuk dan kacau sebati.
Di dalam mangkuk lain, satu dan ayakkan tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk buah pelaga dan serbuk kayu manis.
Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan walnut dan gaul sebati secara kaup balik.
Tuangkan ke dalam cawan kertas dalam 1/2 ke 3/4 penuh selama 18-20 minit atau sehingga masak. Rotate loyang selepas 15 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.

Cream Cheese Frosting
1 cawan/8 oz unsalted butter - lembut
16 oz Philadelphia cream cheese
1 1/2 cawan gula ising
Putar cream cheese dan butter dengan menggunakan kelajuan sederhana sehingga sebati.
Ayak gula ising dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar