Sesungguhnya Allah lah yang memberi rezeki dengan adil kerana Allah Maha Adil. Adil di sini bukan bererti sama untuk semua orang tetapi memberi mengikut kelayakan masing masing. Siapa yang layak mengukur kelayakan seseorang? Bukan kita manusia tetapi hanya Allah yang menentukan kelayakan masing masing. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri supaya tidak berkeluh kesah. Jika kita tidak diberi sesuatu, pasti sekali kerana ianya bukan yang baik untuk kita dan kita akan diberikan dengan sesuatu yang lebih baik. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha dan bertawakkal. Hanya ini yang saya ingin coretkan supaya saya lebih tenang menjalani hari hari mendatang. Perkara ini bukanlah perkara baru tetapi sebagai manusia yang lemah, kita perlu diperingatkan dari masa ke masa. Need to reinforce.
Kali ini di samping mendapat tempahan untuk Red Velvet Cupcake lagi, kami juga mendapat tempahan untuk Vanilla Butter Cupcake pula untuk majlis makan makan di pejabat. Walaupun saya telah menemui resepi Vanilla Butter Cake yang sangat sesuai dengan selera yang telah saya buat hari minggu lepas di SINI, namun ianya tidak menghentikan usaha saya untuk terus mencuba resepi Vanilla Butter Cake yang lain.
Untuk cupcake hari ini, saya memilih resepi Perfect Vanilla Cupcake berdasarkan feedback oleh lebih 500 orang yang rata rata memuji hasil cupcakenya. Resepi ini dikongsikan oleh blog Glorious Treats berdasarkan percubaan demi percubaan yang telah dibuat dalam usaha beliau mencari resepi Vanilla Butter Cupcake yang perfect.
Selain resepi di atas, saya juga mencuba resepi Crabapple Bakery Vanilla Cupcake yang juga resepi terhangat di seluruh dunia. Saya akan kongsikan resepinya di entri akan datang. Untuk Red Velvet pula, saya menggunakan resepi baru yang akan saya kongsikan juga di dalam entri akan datang supaya mudah untuk saya membuat rujukan di masa hadapan.
Kek Vanilla ini sangat gebu, fluffy dan moist. Seriously... to me it's a vanilla cupcake to die for. Permukaannya membukit dan nampak lapisan atas seperti agak kasar. Namun begitu, tekstur keknya sangat gebu dan moist. Saya dari dulu lagi memang menggemari kek kek tradisional seperti butter cake, vanilla cake dan marble cake. Masa tu, frosting pun tak suka sangat. Untuk frosting Vanilla Butter Cupcakes kali ini, kami menggunakan Classic Butter Cream frosting yang telah dibuat sebelum ini. Tapi kalau hendak melihat resepi Cream cheese frosting yang dicadangkan oleh Glorious Treats, saya sertakan juga resepinya di bawah.
Saya harap Zatul dan kawan kawan berpuashati dengan kek kek yang kami hasilkan dan maafkan atas segala kekurangan yang ada. Jom layan mata dengan gambar gambar yang sempat diambil.

Perfect Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 1/4 cawan tepung kek
1 1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kaster
1 1/2 sk pure vanilla extract
1/2 cawan minyak (vegetable, canola or extra light olive oil)
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sk cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C.
Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati.
Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit.
Sejukkan di dalam acuan dalam 1-2 minit sebelum dikeluarkan dari acuan dan disejukkan sepenuhnya atas wire rack.
Bolehlah diletakkan frosting seperti Vanilla Cream Cheese
Nota;

Boleh juga dibakar sebagai kek untuk loyang 6 inci atau gandakan adunan untuk loyang bersaiz 8 atau 9 inci.
Vanilla Cream Cheese Frosting
Bahan bahan:
4 oz butter (suhu bilik dalam 10 minit tapi masih sejuk)
8 oz cream cheese (dari peti sejuk)
1 sk pure vanilla extract
4 cawan powdered confectioners sugar
1-4 sb heavy cream/heavy whipping cream/susu
Cara cara:
Cara cara:
Masukkan butter di dalam mangkuk dan putar sekejap. Masukkan cream cheese dan putar sehingga sebati selama 30 saat.
Masukkan vanilla extract dan gula dan putar dengan kelajuan perlahan, dan naikkan kelajuan sederhana sehingga ianya menjadi kembang gebu.
Masukkan heavy cream sedikit demi sedikit sehingga mencapai konsistensi yang diingini dalam 1 minit. Jangan letak banyak jika mahukan frosting kekal selepas di pipe atas cupcake.
Boleh terus digunakan atau disimpan di dalam peti sejuk untuk selama beberapa hari dan perlu diputar semula sebelum digunakan.
Nota:

Untuk Chocolate Frosting, tambahkan 1/2 cawan unsweetened cocoa ke dalam adunan sebelum dimasukkan gula supaya ianya menjadi sebati dengan butter dan cream cheese.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar