Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes Untuk Tempahan

Bookmark and Share





Sebelum bercerita mengenai masakan, saya ingin memberi peringatan pada kawan kawan semua terutamanya pengguna akaun hotmail. Bangun pagi ini, saya mendapati ada email yang kononnya dari Window Live Services yang bertajuk Reset Alert Confirmation 2013. Antara lain email itu meminta kita memberikan password untuk mengelakkan email dari ditutup. Jangan layan email sebegini. Saya pernah terkena beberapa tahun yang lalu, disebabkan kejahilan dan kebingungan sebaik bangun dari tidur, saya telah memberi password dan lain lain maklumat diminta. Akhirnya email saya digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab di mana dia telah menghantar email seolah saya memohon bantuan kewangan kepada semua contact di dalam email saya. Saya terpaksa membuat laporan polis dan melaporkan kepada pihak hotmail. Tetapi sangat memakan masa. Apabila saya berjaya mendapatkan semula password yang di reset oleh pihak hotmail, saya dapati mereka telah menukar alternate email address juga. Yang pastinya kerja geng geng negro. Jadi berhati hati dan berhati hati.

OK sekarang nak sambung sedikit lagi berkenaan dengan resepi Vanilla Cupcakes yang telah saya sediakan untuk tempahan pada hari selasa lepas. Setelah melihat Perfect Vanilla Cupcakes di SINI yang telah dimasukkan ke dalam cawan kertas tidak mencukupi dengan bilangan cupcake yang ditempah, saya terus membuat keputusan untuk membancuh menggunakan resepi dari Crabapple Bakery pula. Tujuannya ialah supaya saya dapat membuat perbandingan antara keduanya. Saya akan membuat entri berkenaan perbandingan antara kedua resepi apabila saya telah punya sedikit kelapangan masa.








Pada saya resepi ini juga sangat sedap, moist dan fluffy. Permukaannya agak licin dan tidak naik tinggi sebaliknya kembang meleper. Hmm sangat sedap dan sesuai dengan selera saya yang memang gemarkan kek berasaskan butter dan vanilla. Penggunaan butter dan vanilla asli juga menjadikan kek ini sangat harum dan wangi. Pastinya menambah keenakan kek Vanilla Butter ini. Satu adunan menghasilkan 24 cupcakes. Tapi saya hanya membancuh setengah adunan bagi mencukupkan kek yang di order dan seperti kebiasaannya lebihan kek, jika ada akan diberi secara percuma sahaja.

Jom kita tengok resepi ini pula. Nantikan entri saya berkenaan dengan perbandingan antara kedua resepi Vanilla Cupcake yang telah saya sediakan ini....






The Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes
Oleh : Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 3/4 cawan tepung gandum (300 gram)
2 sk baking powder
200g unsalted butter - lembut
1 3/4 cawan gula kaster (163 gram)
4 biji telur 
1 sb vanilla extract
1 cawan susu

Panaskan oven pada suhu 170C.  Letak cawan kertas dalam loyang muffin. 

Ayak bersama sama tepung dan baking powder. Di dalam mangkuk lain, putar butter selama 1-2 minit.

Masukkan gula kaster 1/3 dalam satu masa dan terus diputar selama 2 minit selepas setiap kali memasukkannya. 

Akhir sekali, putar sehingga gula sebati dan adunan menjadi ringan dan gebu.

Masukkan telur sebiji dalam satu masa dan putar selama 1 minit setiap kali pada kelajuan perlahan sehingga sebati.

Masukkan 1/3 tepung dan diikuti dengan 1/2 susu. Ulang proses serta akhir sekali, masukkan baki 1/3 tepung dan putar hingga sebati. Namun begitu, jangan pulak terlebih putar hingga adunan menjadi keras.

Sudukan adunan ke dalam cawan kertas sebanyak 2/3 penih sahaja. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak. 

Keluarkan cupcake dari loyang serta merta dan sejukkan atas wire rack selama 30 minit sebelum diletakkan frosting.


Vanilla buttercream

250 grams unsalted butter - potong kiub
3 cawan gula ising - ayak cups 
2 sb susu
1 sk vanilla extract

Putar butter sehingga menjadi putih dan ringan. 

Tambahkan gula sebanyak 1 sudu besar dalam satu masa dan terus diputar setiap kali memasukkannya. Putar sehingga acunan gebu dan ringan selama 5-6 minit.

Panaskan susu di dalam microvave sehingga agak suam. Masukkan butter dan pukul dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit. Masukkan vanilla dan kacau sebati. Pipe di atas kek yang telah disejukkan.






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger