Pagi hari sabtu yang lepas, saya meminta Nana memasakkan Nasi Goreng Ikan Bilis. Sebelum ini nasi goreng yang sama telah disediakan oleh Nana tetapi pada masa itu, nasinya agak lembik. Jadi kali ini, memang saya memasak nasi lebih sebelah malamnya supaya sedap digoreng. Kalau nak tengok resepi, bolehlah rujuk di SINI.
Saya memang suka nasi goreng yang ala ala nasi goreng kampung ini terutama jika cili kisarnya dibiarkan kasar sedikit. Sedap sangat sehingga saya makan menambah nambah lah juga walaupun telah bersarapan selepas kelas tafsir Al Quran di surau Ad Dhuha.
Kalau belum pernah cuba menggoreng nasi goreng ikan bilis, saya cadangkan supaya mencubanya kerana selera kampung macam saya ni, memang sedap sangat lah.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar