Hebatnya Za'faran

Bookmark and Share





Saya sungguh teruja dengan petikan "Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Za'faran, Pasti Mereka Sanggup Tukarkanya Dengan Ketulan Emas".  Maknanya sangat mendalam kerana emas adalah sesuatu yang sangat berharga dan diketahui semua orang akan ketinggian nilainya. Selain itu ianya sangat kena sendiri dengan saya yang selama ini memang tidak pernah tahu apa itu Za'faran atau dipanggil Saffron sehingga lah bila saya belajar memasak Ayam Kuzi dari sahabat saya, Ismati. Beliau telah mencadangkan saya membeli Za'faran untuk memerap ayam. Harga untuk 1 gram sangatlah mahal dan pada masa itu saya tidak tahu untuk menghargai khasiatnya. Saya tidak lagi membeli Za'faran selepas itu dek harganya yang mahal.




Terima kasih kepada anakanda saya, Dr Nana yang telah berkongsi tentang khasiat Za'faran dan juga kemajuan teknologi maklumat yang membolehkan saya mempelajari lebih mendalam berkenaan khasiat makanan sunnah ini dari segi kesihatan dan perubatan. Maklumlah bila usia meningkat, kita kena lebih lagi bermesra dengan makanan makanan sunnah yang disebut di dalam Al Quran, Hadis dan Kitab kitab.

Kenali khasiat Za'faran dengan klik di SINI. Email azieshoppe@hotmail.com  atau PM facebook Azie Kitchen untuk maklumat lanjut.....




  

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger