Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini yang saya akan menulis berkenaan perbandingan dua resepi Vanilla Cupcake yang sama sama hebat dan terhangat di seluruh dunia. Maklumbalas yang diberi untuk kedua dua resepi adalah sangat memberangsangkan dengan melebihi 500 orang telah menulis pengalaman masing masing. Pada awalnya saya hanya membuat cupcake menggunakan resepi Perfect Vanilla Cupcakes di SINI namun bila dilihat jumlahnya tidak mencukupi untuk memenuhi jumlah tempahan, saya terus membancuh lagi satu adunan. Tetapi kepala cepat sahaja berfikir dari membancuh menggunakan resepi yang sama, baik dicuba resepi yang lain pulak. Itu yang terus saya membuat menggunakan resepi dari The Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes di SINI yang juga telah lama dalam simpanan.
Jom tengok hasilnya di bawah ini..
Mula mula kita tengok resepi Perfect Vanilla Cupcake yang telah terhasil dari percubaan demi percubaan yang dibuat semata mata untuk menghasilkan Vanilla Cupcakes yang perfect. Itu sebab dinamakan Perfect Vanilla Cupcake. Cupcake yang terhasil juga sangat cantik dengan permukaannya yang cantik membukit. Walaubagaimanapun, lapisan atas permukaan kek nampak seperti menggerutu sedikit. Namun begitu, tekstur kek ini sangat gebu, fluffy dan moist. Sedap dan sangat sedap. Nana yang diminta membuat test antara keduanya, juga menyukai kek ini.
Yang ini pulak resepi Crabapple Bakery Vanilla Cupcakes yang juga terhangat dan terkenal di kalangan penggemar Vanilla cupcakes. Semasa sedang dibakar di dalam oven, kelihatan yang ianya mengembang tapi tidak meninggi. Hasilnya permukaan kek lebih rata dan lapisan atasnya sangat lembut dan licin gebu. Tekstur kek ini juga sangat sedap, gebu dan fluffy serta moist.
Akhir sekali, saya nak tunjukkan resepi Vanilla Cupcakes yang saya namakan sebagai Super Delicious and Easy Vanilla Cupcakes di SINI. Resepi ini juga sangat sangat sedap, gebu, fluffy dan masih moist. Permukaan kek ini meleper rata di cawan kertas, permukaannya halus bak sutera giteww. Melampau lah pulak si Azie ni, ade ke permukaan kek disamakan dengan sutera. Sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis, sebab licinnya bila disentuh. Tekstur keknya juga sangat halus.
Pada kesimpulannya, ketiga tiga cupcake ini sama sahaja sedapnya, sama sahaja gebu dan moistnya dan agak sukar untuk membuat pilihan mana satu yang disukai. Cuma kalau dilihat kepada kejadian kesemuanya, resepi Perfect Vanilla Cupcake lebih cantik dan perfect selayak dengan nama yang diberi. Lepas ni, tak mahu lagi mencari resepi Vanilla Cupcakes yang baru sebab nanti ianya membuatkan saya menjadi lagi keliru, sedangkan resepi yang ada ini, semuanya yang terbaik pada selera saya.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar