Alhamdulillah sebelum pergi bercuti sempena Cuti Tahun Baru China, saya masih lagi menerima tempahan untuk Red Velvet Cupcakes yang sangat moist dan menjadi pujaan ramai itu. Inilah rezeki anak anak, sebelum Nana memulakan housemanship program bulan Mac, dapat lah juga mengambil tempahan dan mendapat duit poket. Syukur ke Hadrat Illahi dengan rezeki yang dikurniakan. Itulah yang dikatakan bahawa Allah akan memberi rezeki pada setiap hambaNya. Tanamkan sepenuh keyakinan di dalam hati supaya tidak berkeluh kesah dan berserah segalanya hanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Berbalik kepada tempahan hari ini, saya masih menggunakan resepi cupcake dan frosting sama yang pada saya sangat sesuai dengan selera dan citarasa saya. Oleh kerana kawan baik saya menempah untuk dijadikan hadiah CNY, maka saya telah mengikat riben berwarna merah sesuai dengan warna tema perayaan ini. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua pembaca blog saya yang berketurunan Cina walau di mana mereka berada.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar