Semasa singgah di Kedai Bagus, yang Menjual bahan dan peralatan membuat kuih muih tadi, Nana memberitahu yang dia ingin membuat Bluberries Cheese Tart kerana katanya dia tak sempat pun menjamah tart yang disediakan semasa majlis pertunangan dia baru baru ini. Sebagai host, memang kita tak ingat pun nak makan makan kerana yang penting memastikan semua urusan berjalan lancar. Seperti biasa, kalau ada majlis makan makan di rumah kami, saya akan makan sebelum majlis bermula atau langsung tak memakannya sehingga malam apabila majlis berakhir.
Resepi cheese tart kali ini adalah resepi yang direka dan diubahsuai Nana sendiri. Dia campak campak jer bahan mengikut agak agak sehingga saya terpaksa bertanya satu persatu dan menulisnya di dalam ipad supaya boleh dijadikan rujukan di masa depan. Nana memang tak suka dibantu bila dia bekerja di dapur. Cheese tart ini lebih sedap dimakan sejuk sejuk, jadi sementara cheese tart disejukkan, kami keluar makan sempena meraikan hari jadi anakanda bongsu kami, Aween pada 2.2.13.
Jom kita layan resepi yang sangat sedap ini....
Blueberries Cheese Tarts
Oleh: Azie Kitchen
Menghasilkan: 24 biji
Pastri:
100 gram butter (salted)
75 gram gula halus
200 gram tepung gandum
1 biji telur
1/2 sk esen vanila
Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh.
Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris.
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling.
Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.
Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
Cream Cheese Filling:
250gram cream cheese- lembut
20gram butter (salted)- lembut
60 gram gula kaster
1 biji telur
Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.
Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi. Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri.
Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit
Angkat dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan sejuk, jadi boleh di simpan di dalam peti sejuk seketika.
Nota
Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar.
Sebaiknya mula memutar filling cheese setelah selesai memasukkan filling blueberries ke dalam crust supaya cheese tidak lama berada di luar. Siap jer, boleh terus dituang ke dalam crust.
Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar