Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog Azie Kitchen. Ini adalah tempahan pertama yang saya terima untuk Cake In Jars. Tempahan diterima dari Puan Maz untuk diberikan kepada kawan kawan sekolah anak beliau. Dari hari sabtu lagi, saya dan anak anak mula mencari jar dan bahan bahan lain yang diperlukan. Maklumlah tempahan perlu disiapkan pada hari cuti sempena Maulidur Rasul. Ini bererti kek perlu mula dibakar sebelah petang dan malam sehari sebelumnya. Saya tidak mahu menyediakan kek terlalu awal bagi memastikan ianya masih fresh. Lagi pulak, beberapa hari selepas itu, saya menerima tempahan Vanilla Butter Cupcake dan Red Velvet Cupcake. Jadi saya kena memastikan semua bahan bahan adalah cukup dan tersedia dikuatiri kedai ditutup sempena hari kelepasan dan cuti yang panjang.
Manusia merancang namun Allah yang menentukan, semasa sedang menyediakan kek ini, kami mendapat berita yang Bonda Mertua telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7 petang hari Rabu, menyebabkan kami meninggalkan kerja kerja membakar kek dan menyambungnya semula pukul 2 pagi tadi sekembali dari Rawang. Nasib baik anak anak semua saling tolong menolong menyiapkan kek ini termasuk meletakkan riben dan sudunya. Bayangkan kami masuk tidur pukul 4.30 pagi dan pagi pagi lagi perlu ke Rawang untuk upacara pengkebumian. Itu pun tak siap sepenuhnya, selepas balik dari upacara pengkebumian sebelah tengahari, kami sambung semula kerja meletak frosting.
Saya sangat menyukai Kek Rainbow yang moist, berwarna warni, serta mempunyai perisa ekstrak vanilla asli serta butter asli yang sangat sedap. Serius saya menyukai sesuatu yang plain dan simple dalam apa apa jua pilihan saya. Akhir sekali, terima kasih kepada Puan Maz kerana memberi kepercayaaan kepada saya untuk menyiapkan kek anakanda beliau. Semoga Puan Maz berpuashati dan maaf atas segala kekurangan yang ada.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar