Projek Cake In A Jar

Bookmark and Share





The Making Of Rainbow Cake In A Jar. Haa dalam entri ini saya nak kongsikan proses penyediaan Rainbow Cake In A Jar. Entri ini ialah entri tahun lepas sempena pertunangan Nana tetapi saya menyimpannya untuk disiarkan dalam tahun 2013. Projek bermula dengan saya bersama Nelly dan Juita pagi pagi lagi telah keluar dari rumah. Misinya adalah untuk mencari kedai yang menjual jar. Selepas bersarapan di gerai bawah khemah yang menjual nasi lemak kukus yang tidak ada rasa nasi lemak langsung dan ayam rendang yang tidak punya rasa rendang sama sekali, kami terus bertolak ke USJ untuk mengambil chocolate Ferero Rocher dan seterusnya ke Puchong. Dalam hati merungut rungut kerana rasanya tidak adil sekali orang yang tidak pandai memasak nasi lemak tetapi menjual nasi lemak. Rasa tak berbaloi dengan duit yang dibayar.






Berdasarkan panduan yang diberi oleh staf di Quality Pack, kami membilang bilangan traffic light. Seronok dan puashati kerana akhirnya saya menemui kedai yang menjual jar yang dicari cari selama ini. Ada 2 saiz jar yang mempunyai muatan sama, di mana satu lebih kecil tetapi tinggi dan satu lebih rendah. Begitu juga penutupnya, ada yang berwarna gold dan ada yang berwarna putih.





 
Sesampai di rumah, kami mula membasuh dan mengelap kering jar berkenaan sebelum boleh digunakan. Seperti yang dirancang, kami menyediakan Rainbow Cake yang lebih ceria dengan warna warni yang tersusun di sekeliling jar. Boleh juga disediakan Red Velvet Cake atau Chocolate Cake di dalam jar ini. Bagi memastikan warna kek yang cantik terhasil, kami menggunakan pewarna gel. Setelah adunan dibancuh, adunan telah dibahagikan kepada 7 warna dan dimasukkan ke dalam piping bag bagi memudahkan adunan dipicit ke dalam jar. Adunan mesti dipipe supaya mengena keliling jar. Jar tidak perlu dispray kerana kek akan terus dimakan dari jar dengan menggunakan sudu yang disediakan.




 

Setelah siap di pipe, jar disusun ke dalam dulang berisi air panas kerana kek ini akan dibakar secara water bath. Haaa tengok selepas dikeluarkan dari oven, kek disejukkan terlebih dahulu sebelum dipipe dengan frosting yang disukai. Jika kek naik tinggi, kita boleh sudukan keluar sebahagiannya bagi memberi ruang untuk dimasukkan frosting dan ditutup.





Haaa itulah ceritanya penyediaan Kek In A Jar yang saya rancang sekian lama sebagai door gift untuk majlis di Villa Nur Qaseh. Saya memilih untuk menyediakan kek di dalam jar untuk memberi kelainan dari kek cawan atau kek biasa yang dipotong kecil dsb. Seriously rasanya sangat moist dan satu pengalaman baru yang menyeronokkan bila dapat menikmati Cake In A Jar.... So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan Cakes In Jars, bolehlah menghubungi kami. Sesuai untuk majlis kecil kecilan buat si kecil juga....

 




{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger