Sejak balik open house rumah Azman dan Nita di Putra Jaya semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, memang saya dari hari ke hari ingin memasak sup tulang dan dimakan dengan mee celur yang ditabur dengan bawang goreng dan daun bawang. Sedap mee kuah yang simple ini. Tapi bukan senang untuk mendapatkan tulang yang segar. Tulang lembu ni kalau yang fresh memang sedap, dapat dirasakan kuahnya yang manis.
Tulang ini adalah tulang dari daging korban yang disedekahkan oleh kakak saya untuk dibawa balik. Tapi masalah saya ni, satu jer. Saya tak ada pressure cooker, jadi memang berjam jam juga lah masa diambil untuk merebus tulang tu.
Cara saya membuat sup sangat simple. Tulang direbus sehingga empuk dan dimasukkan sedikit halia dan bawang merah hiris. Lepas itu, di dalam kuali lain, saya akan menumis bawang merah, halia, rempah penumis dan rempah sup sehingga wangi. Kemudian tuang bahan yang ditumis ini ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Masukkan garam dan bawang goreng serta daun bawang. Siap dan bolehlah dihidangkan panas panas.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar