Sambal Tumis Sotong Kering Sebagai Lauk Nasi Lemak

Bookmark and Share






Inilah lauk yang saya masak untuk dimakan bersama dengan nasi lemak hidangan sarapan pagi Nana dan kawan kawannya sebelum bertolak ke Johor untuk bercuti ke Singapura tempoh hari. Klik di SINI. Saya bertanya kenapa tidak ke Bandung, jawabnya mereka belum bekerja, jadi mulakan dengan negara yang dekat dahulu sebab boleh drive dan boleh tidur di rumah Nad. Hmmm bagus juga jawapan tu. Lagi pulak mereka semua sedang  memikirkan hala tuju samada ingin membuat intern di Malaysia atau di Egypt.  

Berbalik kepada sambal tumis sotong kering ini, ianya dibuat atas permintaan Nana yang katanya diminta oleh Hani. Bagi memastikan sotong benar benar lembut, saya merendam sekurang kurangnya 6 jam atau semalaman dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1:10 bahagian, diikuti dengan air panas selama lagi 1 jam sebelum dipotong untuk dimasak. Saya sendiri memang suka makan sotong kering yang rasanya memang sedap berbanding dengan sotong rendam. 



Jom kita tengok resepi sambal tumis yang saya buat pagi ini. Sambal tumis ini kiranya masakan yang memang sentiasa saya sediakan untuk keluarga saya. Jadi ianya macam orang kata lah, practice makes perfect kan. Begitu juga saya, banyak belajar tips untuk memasak Sambal Tumis yang sedap. Lebih lebih lagi, hubby pun suka Sambal tumis Udang.

Antara yang mesti diperhatikan untuk menghasilkan sambal yang sedap ialah penggunaan bawang yang banyak, cili kisar pula mesti digoreng sehingga garing dengan api perlahan. Manakala rasanya mesti agak manis dan gula pulak dimasukkan sebelum memasukkan bahan bahan lain. Selepas bahan tumis garing, masukkan gula terlebih dahulu. Dengan cara itu, warna sambal kita juga akan menjadi cantik dengan berwarna merah gelap.  




Sambal Tumis Sotong Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4-5 ekor sotong kering - potong kecil 
3-4 senduk cili kisar
5 bawang besar
1 labu bawang putih
1-2 inci halia
3 sudu besar gula (atau secukup rasa)
Garam
Asam keping/air asam jawa

Cara cara:
Sotong kering direndam dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1: 10 selama 6 jam diikuti dengan air panas selama 1 jam. Basuh dan potong kecil.

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar dengan api perlahan sehingga benar benar garing.

Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu da kacau sehingga gula hancur. Kemudian masukkan sotong dan digaul rata sebelum dimasukkan air.

Masak dengan api perlahan supaya sotong masak dan masukkan garam dan asam. Setelah secukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan. 






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar

Powered By Blogger